Keselamatan Senjata fosforus putih

Di samping kecederaan langsung yang disebabkan oleh serpihan kelongsongnya, senjata fosforus putih boleh menyebabkan kecederaan dalam dua cara utama: kelecuran dan sedutan wap.

Fosforus putih terbakar pada suhu sehingga 2,760 darjah Celsius (5,000 darjah Fahrenheit).[4] Zarah-zarah pijar dari senjata yang menggunakan fosforus serbuk putih sebagai muatannya boleh menghasilkan kelecuran separa dan penuh secara meluas, dan perkara sama juga berlaku dalam mana-mana percubaan untuk menangani pembakaran tanpa peralatan pelindung. Kelecuran fosforus membawa peningkatan risiko kematian kerana penyerapan fosforus ke dalam badan melalui kawasan yang terbakar dengan sentuhan yang berpanjangan, yang boleh mengakibatkan kerosakan hati, jantung dan ginjal, dan dalam beberapa kes, kegagalan multiorgan.[5] Zarah-zarah fosforus putih terus membakar sehingga habis digunakan kecuali dalam kekurangan oksigen. Dengan beberapa jenis subsenjata, pembakaran tidak lengkap dapat terjadi sehingga 15% kandungan WP tidak terbakar. Subsenjata semacam itu adalah berbahaya kerana mereka dapat menyala semula secara spontan jika dihancurkan oleh sesorang atau kenderaan.[6] Dalam beberapa kes, kecederaan terhad pada kawasan kulit yang terdedah berlaku kerana zarah WP yang lebih kecil tidak terbakar sepenuhnya melalui pakaian diri sebelum habis terbakar.